Pencelahan dalam mesyuarat di tempat kerja

Pencelahan berlaku apabila seorang penghujah berhasrat meneruskan hujah tetapi dihentikan tanpa persetujuan oleh penghujah lain. Dalam alam pekerjaan, hal ini kerap berlaku semasa mesyuarat, namun begitu, pencelahan tidak bersifat menganggu secara mutlak kerana terdapat celahan yang koperatif. Kajia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tan, Kim Hua (Author), Nurul Amira Sabri (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01844 am a22001333u 4500
001 15169
042 |a dc 
100 1 0 |a Tan, Kim Hua  |e author 
700 1 0 |a Nurul Amira Sabri,   |e author 
245 0 0 |a Pencelahan dalam mesyuarat di tempat kerja 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2020. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/15169/1/40212-128111-1-SM.pdf 
520 |a Pencelahan berlaku apabila seorang penghujah berhasrat meneruskan hujah tetapi dihentikan tanpa persetujuan oleh penghujah lain. Dalam alam pekerjaan, hal ini kerap berlaku semasa mesyuarat, namun begitu, pencelahan tidak bersifat menganggu secara mutlak kerana terdapat celahan yang koperatif. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif khususnya pendekatan etnografi. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja. Pencelahan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu. Pencelahan koperatif boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu persetujuan, bantuan dan pencerahan manakala pencelahan yang mengganggu boleh dibahagikan kepada tiga jenis juga, iaitu pencelahan disebabkan ketidaksepakatan, peralihan penghujah dan turutan berbicara, serta perubahan topik. Tujuan kajian ini adalah untuk menjawab tiga persoalan iaitu pertama, untuk mengenal pasti jenis pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja; kedua, untuk mengenal pasti kekerapan pencelahan dan ketiga, untuk menyiasat alasan pencelahan itu berlaku dalam sesuatu mesyuarat. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa terdapat dua kategori utama iaitu pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu, di mana pencelahan koperatif berlaku dengan lebih kerap. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat enam alasan mengapa pencelahan berlaku dalam sesuatu mesyuarat. 
546 |a en