Faktor-faktor penyumbang kecenderungan situasi berisiko tinggi dalam kalangan penagih dadah berulang di Malaysia

Senario penagihan dadah adalah ancaman secara berantai kepada individu, keluarga dan komuniti. Ini ditunjukkan melalui peningkatan statistik penagih berulang yang memberi kesan kepada komuniti. Kesan penagihan berulang menjejaskan kesihatan dengan masalah ko-morbiditi, psikopatologi dan psikososial....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hadijah Baba (Author), Wan Shahrazad Wan Sulaiman (Author), Fauziah Ibrahim (Author), Norulhuda Sarnon @Kusenin (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Senario penagihan dadah adalah ancaman secara berantai kepada individu, keluarga dan komuniti. Ini ditunjukkan melalui peningkatan statistik penagih berulang yang memberi kesan kepada komuniti. Kesan penagihan berulang menjejaskan kesihatan dengan masalah ko-morbiditi, psikopatologi dan psikososial. Selepas 40 tahun, Malaysia menjalankan pelbagai usaha dalam program rawatan dan pemulihan, namun usaha ini tidak menunjukkan kejayaan. Keadaan ini telah membawa kepada pengkajian tentang pelbagai faktor yang menyumbang kecenderungan situasi berisiko tinggi dalam kalangan penagih dadah berulang. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor intrapersonal iaitu motivasi untuk berubah dan peranan strategi daya tindak sebagai pengantara terhadap situasi berisiko tinggi penagihan berulang yang merangkumi emosi negatif, konflik interpersonal dan tekanan sosial. Kajian ini berbentuk keratan rentas melibatkan penggunaan soal selidik dan ditadbirkan ke atas 600 orang klien di Klinik Cure & Care, Malaysia. Soal selidik yang digunakan ialah The Stages of Change Readiness and Treatment Eagerness Scale (SOCRATES), Brief COPE dan soal selidik kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Data dianalisis dengan menggunakan analisis regrasi pelbagai dan PROCESS for SPSS. Keputusan kajian menunjukkan terdapat pengaruh signifikan antara faktor intrapersonal dan strategi daya tindak terhadap kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Di samping itu, strategi daya tindak merupakan pengantara (mediator) dalam hubungan di antara motivasi untuk berubah dan kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Dapatan kajian ini seharusnya diambil kira dalam membentuk program-program rawatan dan pemulihan dadah untuk mengurangkan penagihan berulang dalam kalangan penagih dadah di Malaysia.