Hubungan orientasi matlamat, pemantauan kendiri dan tingkah laku kerja inovatif: komitmen afektif sebagai pengantara

Objektif utama kajian ini adalah mengkaji kedua-dua hubungan langsung dan tidak langsung antara orientasi matlamat dan pemantauan kendiri dengan tingkah laku kerja inovatif. Secara khususnya, dua dimensi orientasi matlamat- orientasi berasaskan penguasaan (mastery) dan orientasi berasaskan prestasi,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norulhuda Tajuddin (Author), Rasidah Arshad (Author), Riza Munira Shamsudin (Author), Yusrizal Sufardi Mohd Yunan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Objektif utama kajian ini adalah mengkaji kedua-dua hubungan langsung dan tidak langsung antara orientasi matlamat dan pemantauan kendiri dengan tingkah laku kerja inovatif. Secara khususnya, dua dimensi orientasi matlamat- orientasi berasaskan penguasaan (mastery) dan orientasi berasaskan prestasi, dan pemantauan kendiri dihipotesiskan sebagai peramal kepada prestasi inovatif. Dalam masa yang sama, komitmen afektif dihipotesis bertindak sebagai pengantara bagi ketiga-tiga hubungan tersebut. Data dikumpulkan daripada 162 ahli akademik dari institusi pengajian tinggi Malaysia menerusi soalselidik. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan model persamaan berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan langsung yang signifikan bagi orientasi penguasaan dan pemantauan kendiri dengan tingkah laku kerja inovatif. Peranan komitmen afektif sebagai pengantara pula hanya signifikan bagi pemantauan kendiri (pengantara separa) namun didapati tidak mengantara hubungan antara orientasi penguasaan dan orientasi prestasi dengan tingkah laku kerja inovatif.