Analisis faktor pengesahan bagi instrumen pengetahuan guru matematik sekolah rendah dalam pentaksiran berasaskan sekolah

Kajian ini bertujuan mengesahkan instrumen pengetahuan guru dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi tiga dimensi iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Formatif dan Tahap Penguasaan menggunakan analisis faktor pengesahan (CFA). Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan sila...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wong, Li Li (Author), Kamisah Osman (Author), Siti Mistima Maat (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018-12.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengesahkan instrumen pengetahuan guru dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi tiga dimensi iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Formatif dan Tahap Penguasaan menggunakan analisis faktor pengesahan (CFA). Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan silang yang melibatkan seramai 394 guru matematik sekolah rendah yang dipilih melalui pensampelan rawak berstrata dari Semenanjung Malaysia. Instrumen kajian merupakan soal selidik dengan skala Likert lima poin yang diadaptasi daripada beberapa kajian lepas. Model pengukuran yang dihipotesiskan diuji menggunakan perisian IBM SPSS AMOS versi 23.0. Tiga item dengan muatan faktor yang rendah digugurkan. Dapatan menunjukkan bahawa model pengukuran akhir mempunyai kesepadanan dengan data yang diperoleh. Model pengukuran juga melepasi ujian kebolehpercayaan serta kesahan konstruk, kesahan menumpu dan kesahan diskriminan. Kesimpulannya, model pengukuran yang dibangunkan mampu mengukur pengetahuan guru matematik sekolah rendah dalam PBS dan berupaya menyelami kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pentaksiran formatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini telah memberi implikasi terhadap kepentingan pengetahuan guru dalam pentaksiran yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.