Hubungan sosial dan politik Johor-Riau dengan Kalimantan Barat: perspektif historiografi tradisional Melayu

Hubungan Johor-Riau dengan negeri-negeri Melayu di Kalimantan Barat/Borneo dipengaruhi oleh dua penguasa Nusantara, iaitu Bugis dari timur dan penguasa dari barat, iaitu Minangkabau. Hubungan tersebut didedahkan dalam Historiografi Melayu Tradisional. Kajian ini menggunakan teori sosiologi sastera d...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Shomary, Sudirman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019-10.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02127 am a22001213u 4500
001 14321
042 |a dc 
100 1 0 |a Shomary, Sudirman  |e author 
245 0 0 |a Hubungan sosial dan politik Johor-Riau dengan Kalimantan Barat: perspektif historiografi tradisional Melayu 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2019-10. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/14321/1/35363-110821-1-SM.pdf 
520 |a Hubungan Johor-Riau dengan negeri-negeri Melayu di Kalimantan Barat/Borneo dipengaruhi oleh dua penguasa Nusantara, iaitu Bugis dari timur dan penguasa dari barat, iaitu Minangkabau. Hubungan tersebut didedahkan dalam Historiografi Melayu Tradisional. Kajian ini menggunakan teori sosiologi sastera dengan teknik analisis kandungan (content analysis). Kajian ini berdasarkan teks-teks Historiografi Melayu yang terpilih iaitu Hikayat Siak, Tuhfat al-Nafis, Silsilah Raja Sambas dan Salasilah Melayu dan Bugis. Teks-teks tersebut mewakili dua orang penaung yang hebat: Hikayat Siak ditulis oleh Tengku Said, cucu Raja Kecil dari Siak yang dipengaruhi oleh kekuatan Minangkabau. Tuhfat al-Nafis, dan Salasilah Melayu dan Bugis yang dikarang oleh Raja Ahmad dan Raja Ali Haji, mewakili kepentingan Bugis. Hubungan Johor-Riau dengan negeri-negeri Melayu di Kalimantan Barat dipengaruhi oleh tokoh Raja Kecil dan Tengku Akil dari sisi Minangkabau, manakala pihak Bugis diwakili tokoh sejarah Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Marewah, Daeng Cellak, Daeng Kemasi dan keturunannya. Mereka adalah tokoh sejarah di negeri ini yang mempengaruhi kerajaan-kerajaan Melayu, terutama pada abad ke-18 dan ke-19. Penglibatan tokoh-tokoh Melayu seperti Sultan Sulaiman Badrul Alam dan saudara perempuannya Tengku Tengah dari Johor Riau, berkaitan dengan rasa malu dan kepentingan sosial-politik orang Melayu. Begitu juga di Matan, persaingan antara Sultan Muhammad Zainuddin dan Putera Agung melibatkan kekuatan Bugis dan Melayu. Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa hubungan, terutama hubungan sosial berkaitan dengan perkahwinan dan hubungan kekeluargaan, dan hubungan politik dalam bentuk konflik dan perang. 
546 |a en