Pendekatan dakwah targhib dan tarhib dalam membina adab remaja

Perubahan sosiobudaya masyarakat mempengaruhi gaya hidup remaja, seterusnya memberi kesan kepada adab dan tingkah laku remaja. Remaja menghadapi pelbagai masalah yang melibatkan pelanggaran syariat Islam antaranya gejala sosial dan isu akidah. Masalah ini boleh memberi kesan dalam membentuk tamadun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Azizah Mustapha (Author), Fariza Md Sham (Author), Ahmad Irdha Mokhtar (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02090 am a22001453u 4500
001 14279
042 |a dc 
100 1 0 |a Nor Azizah Mustapha,   |e author 
700 1 0 |a Fariza Md Sham,   |e author 
700 1 0 |a Ahmad Irdha Mokhtar,   |e author 
245 0 0 |a Pendekatan dakwah targhib dan tarhib dalam membina adab remaja 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2019. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/14279/1/36903-116376-1-SM.pdf 
520 |a Perubahan sosiobudaya masyarakat mempengaruhi gaya hidup remaja, seterusnya memberi kesan kepada adab dan tingkah laku remaja. Remaja menghadapi pelbagai masalah yang melibatkan pelanggaran syariat Islam antaranya gejala sosial dan isu akidah. Masalah ini boleh memberi kesan dalam membentuk tamadun sekiranya pengamalan agama dari segi akidah, ibadah dan akhlak tidak difokuskan. Peranan remaja sebagai agen untuk membentuk peradaban perlu dipertingkatkan kerana mereka pemimpin masa depan. Oleh itu, makalah ini mengkaji pendekatan dakwah targhīb dan tarhīb dan keberkesanannya untuk mengubah remaja yang beradab dan memantapkan akidah remaja. Makalah ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis kandungan daripada sumber data kajian iaitu daripada al-Quran, buku karangan sarjana Islam, jurnal, laporan, kertas seminar dan juga kajian dalam tesis. Makalah ini memfokuskan kepada pendekatan dakwah targhīb dan tarhīb dalam membina peradaban remaja dalam tiga elemen iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Akidah yang tidak kukuh memberi kesan kepada tingkah laku, akhlak, psikologi dan kepercayaan remaja. Secara keseluruhannya, didapati tiga elemen asas untuk menjadikan remaja yang mempunyai peradaban yang mantap ialah akidah, ibadah dan akhlak. Pemantapan elemen ini penting kerana remaja merupakan agen perubahan masyarakat, pemimpin masa depan yang akan menerajui peradaban dan agen membentuk peradaban. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pendekatan targhīb dan tarhīb konsep yang bersesuaian dengan jiwa remaja dalam membentuk satu tamadun dan membina peradaban remaja yang mengamalkan ajaran Islam. 
546 |a en