Pengetahuan agropreneur terhadap potensi sisa substrat cendawan dan kaedah pengurusan lepas tuai tanaman cendawan

Konsep pembangunan pertanian mampan memberi keutamaan terhadap pertimbangan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan keperluan sosial dalam proses pengeluaran hasil tani. Proses ini melibatkan pengurusan tanaman sehinggalah lepas tuai yang perlu diurus secara mesra alam. Merujuk kepada tanaman cendawan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rosmiza M.Z (Author), Juliana Mah Hussin (Author), Mimi Halida Ghazali (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019-08.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02416 am a22001453u 4500
001 14196
042 |a dc 
100 1 0 |a Rosmiza M.Z.,   |e author 
700 1 0 |a Juliana Mah Hussin,   |e author 
700 1 0 |a Mimi Halida Ghazali,   |e author 
245 0 0 |a Pengetahuan agropreneur terhadap potensi sisa substrat cendawan dan kaedah pengurusan lepas tuai tanaman cendawan 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2019-08. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/14196/1/33047-107823-1-PB.pdf 
520 |a Konsep pembangunan pertanian mampan memberi keutamaan terhadap pertimbangan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan keperluan sosial dalam proses pengeluaran hasil tani. Proses ini melibatkan pengurusan tanaman sehinggalah lepas tuai yang perlu diurus secara mesra alam. Merujuk kepada tanaman cendawan, ianya merupakan sejenis tanaman yang mesra alam kerana substrat pertumbuhannya terdiri daripada sisa pertanian lain, manakala sisa lepas tuai iaitu sisa substrat cendawan (SMS) boleh digunakan semula untuk pembangunan aktiviti huluan dan hiliran. Pengurusan tanaman secara tidak mesra alam memberi impak negatif terhadap persekitaran tani seperti pencemaran udara dan bau. Oleh itu, kajian dilakukan untuk menilai tahap pengetahuan agropreneur terhadap potensi penggunaan semula SMS dan kaedah pengurusan lepas tuai tanaman yang diamalkan. Gabungan kaedah kuantitatif (survei) dan kualitatif (temu bual) dijalankan ke atas agropreneur yang mengusahakan tanaman cendawan secara komersil di Kedah (36 agropreneur) dan Johor (42 agropreneur). Hasil kajian mendapati majoriti agropreneur mengetahui SMS boleh digunakan semula sebagai baja kompos, substrat semaian tanaman dan vermikompos. Namun begitu, kaedah pengurusan lepas tuai yang dipraktikkan oleh agropreneur adalah secara tidak mesra alam iaitu melonggokkan SMS dan sisa beg cendawan di tempat pembuangan yang terbuka dan tidak teratur ataupun dibakar secara terbuka. Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran ke atas persekitaran tani. Oleh itu, pendedahan terhadap konsep penjanaan kekayaan daripada sisa buangan dan perniagaan tani secara hijau perlu diterapkan kepada agropreneur melalui pembangunan aktiviti hiliran. Aktiviti ini berupaya meningkatkan pendapatan agropreneur melalui pengurangan kos pembelian input, penjanaan pendapatan sampingan serta pemeliharaan persekitaran tani melalui pengurusan tanaman cendawan secara mesra alam. 
546 |a en