Pelaksanaan pendekatan interdisiplin dengan bioteknologi dalam sains tambahan

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan modul interdisiplin STEM iaitu Malaysian(M)-Bioteknologi-STEM, untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik bioteknologi di sekolah menengah harian. Seramai 139 responden daripada sekolah-sekolah yang menawarkan sains tambahan Tingkatan 4 di sekitar Se...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kok, Kean Hin (Author), Ruhizan Mohammad Yassin (Author), Latifah Amin (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018-11.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan modul interdisiplin STEM iaitu Malaysian(M)-Bioteknologi-STEM, untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik bioteknologi di sekolah menengah harian. Seramai 139 responden daripada sekolah-sekolah yang menawarkan sains tambahan Tingkatan 4 di sekitar Selangor terlibat dalam kajian ini. Keberkesanan modul terhadap peningkatan pencapaian pelajar diuji dengan reka bentuk kuasi-eksperimental dengan ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan tidak setara. Hasil dapatan kajian dianalisis secara inferensi dengan ujian ANOVA dua hala. Kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan kumpulan dan jantina terhadap min skor ujian pencapaian selepas intervensi dengan modul M-Biotek-STEM. Namun, dapatan kualitatif menunjukkan bahawa pelaksanaan modul ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam topik bioteknologi.