Manfaat sayembara dan hadiah sastera kepada penulis

Sayembara dan hadiah sastera adalah landasan terbaik kepada pengarang untuk berkarya. Hal ini kerana, penganjur sayembara atau peraduan penulisan ada mengeluarkan panduan serta membimbing penulis untuk menghasilkan karya yang bermutu. Hadiah sastera pula adalah anugerah yang diberikan kepada penulis...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Husairi Hussin (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019-04.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Sayembara dan hadiah sastera adalah landasan terbaik kepada pengarang untuk berkarya. Hal ini kerana, penganjur sayembara atau peraduan penulisan ada mengeluarkan panduan serta membimbing penulis untuk menghasilkan karya yang bermutu. Hadiah sastera pula adalah anugerah yang diberikan kepada penulis setelah karya diterbitkan. Walaupun begitu, karya-karya tersebut tetap akan dinilai berdasarkan kriteria tertentu. Jadi, penulis boleh menggunakan panduan tersebut untuk berkarya. Sehubungan itu, kajian ini pertamanya mengenal pasti manfaat yang diperoleh oleh pengarang setelah memenangi sayembara dan hadiah sastera. Objektif kedua kajian turut menghurai kriteria yang menjadi keutamaan panel penilai untuk memenangi sesuatu sayembara atau hadiah sastera. Keseluruhan penulisan ini bersandarkan kepada kajian kualitatif iaitu mengkaji data-data di perpustakaan seperti jurnal, tesis, buku dan sebagainya. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa kewujudan sayembara memberi manfaat kepada pengarang yang memenangi sayembara dan penerima hadiah sastera seperti mendapat hadiah yang lumayan, karya dan penulis dikenali dalam kalangan peminat sastera serta pengarang juga akan bermotivasi untuk menghasilkan karya yang bermutu agar terpilih menjadi bahan rujukan. Kriteria utama yang digariskan oleh panel penilai ialah kekuatan watak yang bersifat positif dan dinamik, mempunyai nilai estetika sastera, penerapan unsur intelektual dan mampu menggugah perasaan pembaca. Selain itu terdapat juga karya yang menerima kritikan setelah diangkat sebagai pemenang sayembara. Oleh itu, hal ini perlu diperhalusi lagi.