Konteks budaya dalam komunikasi antarabudaya (Kes pelajar IAIN Pontianak, Indonesia)

Kajian komunikasi antarabudaya terdahulu menyatakan bahawa masyarakat Asia (termasuk Indonesia) memiliki kecenderungan berkomunikasi konteks tinggi (HCC), bukan konteks rendah (LCC) sebagaimana yang diterapkan oleh majoriti masyarakat Eropah dan Amerika. Oleh itu, kajian ini ingin melihat kecenderun...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian komunikasi antarabudaya terdahulu menyatakan bahawa masyarakat Asia (termasuk Indonesia) memiliki kecenderungan berkomunikasi konteks tinggi (HCC), bukan konteks rendah (LCC) sebagaimana yang diterapkan oleh majoriti masyarakat Eropah dan Amerika. Oleh itu, kajian ini ingin melihat kecenderungan konteks budaya tersebut dalam komunikasi antara pelajar di IAIN Pontianak, dengan menggunakan teknik korespondensi dalam pengumpulan data, dan analisis pola budaya Edward T. Hall sebagai kerangka teori dalam menganalisis budaya komunikasi High Context dan Low Context, atau campuran. Kemudian pola budaya tersebut dianalisis dalam aspek sikap dan gaya komunikasi pelajar dalam konteks pertemanan, persahabatan, dan hubungan sosial. Hasil kajian ini mendapati wujudnya ketiga-tiga konteks budaya tersebut dalam komunikasi pelajar, dengan kecenderungan LCC yang lebih dominan dalam sikap, dan HCC dalam gaya komunikasinya. Dalam konteks pertemanan; kecenderungan utama sikap komunikasi pelajar adalah budaya campuran (LCC & HCC), seterusnya HCC, dan LCC. Sedangkan gaya komunikasi pelajar lebih cenderung kepada LCC, seterusnya campuran, dan HCC. Dalam konteks persahabatan; kecenderungan utama sikap komunikasi pelajar adalah LCC, kemudian HCC dan campuran. Sedangkan gaya komunikasinya lebih cenderung kepada HCC, seterusnya LCC dan campuran. Dalam konteks hubungan sosial; kecenderungan utama komunikasi pelajar adalah LCC, campuran dan HCC, baik dari aspek sikap mahupun gaya komunikasinya. Hasil kajian ini mempertegas kesimpulan bahawa teori komunikasi yang menyatakan masyarakat Asia menganut budaya komunikasi konteks tinggi tidak sepenuhnya berlaku dalam komunikasi pelajar di kampus IAIN Pontianak.