Kebolehupayaan fitoremediasi oleh Azolla pinnata dalam merawat air sisa akuakultur

Isu kekurangan sumber air bersih merupakan salah satu masalah utama pada masa kini. Bahan pencemar di dalam air merupakan antara penyumbang kepada masalah ini. Salah satu alternatif yang utama dalam penyingkiran bahan pencemar daripada air sisa adalah melalui kaedah fitoremediasi. Kajian ini bertuju...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Farah Diyana Ariffin (Author), Azhar Abdul Halim (Author), Marlia Mohd Hanafiah (Author), Nor Azira Ramlee (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019-02.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01860 am a22001573u 4500
001 13078
042 |a dc 
100 1 0 |a Farah Diyana Ariffin,   |e author 
700 1 0 |a Azhar Abdul Halim,   |e author 
700 1 0 |a Marlia Mohd Hanafiah,   |e author 
700 1 0 |a Nor Azira Ramlee,   |e author 
245 0 0 |a Kebolehupayaan fitoremediasi oleh Azolla pinnata dalam merawat air sisa akuakultur 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2019-02. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/13078/1/03%20Farah%20Diyana%20Ariffin.pdf 
520 |a Isu kekurangan sumber air bersih merupakan salah satu masalah utama pada masa kini. Bahan pencemar di dalam air merupakan antara penyumbang kepada masalah ini. Salah satu alternatif yang utama dalam penyingkiran bahan pencemar daripada air sisa adalah melalui kaedah fitoremediasi. Kajian ini bertujuan mengkaji kecekapan Azolla pinnata dalam merawat air sisa menggunakan kaedah fitoremediasi. Keberkesanan A. pinnata untuk menyerap nutrien adalah bergantung kepada kualiti air sisa dan kuantiti A. pinnata yang digunakan. Seterusnya satu uji kaji untuk menentukan biojisim A. pinnata selepas rawatan fitoremediasi telah dijalankan. Dalam hasil kajian ini, ammonia dan fosfat merupakan parameter yang utama dalam menentukan keberkesanan rawatan air sisa akuakultur menggunakan kaedah fitoremediasi A. pinnata. Hasil kajian menunjukkan penurunan drastik nilai ammonia apabila air sisa dirawat menggunakan A. pinnata iaitu daripada nilai bacaan purata 7.47 ke 1.67 mg/L. Sementara itu, kepekatan fosfat juga menunjukkan penurunan ketara selepas air sisa dirawat dengan A. pinnata daripada nilai purata 5.73 kepada 1.22 mg/L. Hasil daripada rawatan air sisa akuakultur dengan menggunakan fitoremediasi A. pinnata dapat menunjukkan perubahan disebabkan oleh peningkatan biojisim dengan nilai tertinggi 147.26 gram. 
546 |a en