ESF: suatu kriptosistem mudah ringkas berasaskan masalah pemfaktoran

Dalam makalah ini diperkenalkan kriptosistem baharu kunci awam ESF yang mudah lagi ringkas berasaskan masalah pemfaktoran. Sistem ini adalah variasi daripada kriptosistem tersohor RSA (Rivest, Shamir, Adleman) yang masih diamalkan sehingga kini. Kriptosistem baharu ini memiliki tiga kelebihan utama...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Eddie Shahril Ismail (Author), Muhammad Zafree Zaharidan (Author), Faieza Samat (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018-12.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Dalam makalah ini diperkenalkan kriptosistem baharu kunci awam ESF yang mudah lagi ringkas berasaskan masalah pemfaktoran. Sistem ini adalah variasi daripada kriptosistem tersohor RSA (Rivest, Shamir, Adleman) yang masih diamalkan sehingga kini. Kriptosistem baharu ini memiliki tiga kelebihan utama berbanding dengan RSA. Pertama, ia tidak memerlukan operasi modular songsangan yang sangat mahal apabila menjana kunci rahsia. Kedua, saiz dan nilai kunci rahsia yang lebih kecil jika kunci awam dan modulus dalam ESF dan RSA ditetapkan. Ketiga, saiz mesej tersembunyinya sentiasa lebih kecil jika kunci rahsia dan modulus dalam ESF dan RSA ditetapkan. Ini seterusnya menjadikan proses menyulit dan menyahsulit dalam kriptosistem ESF lebih cekap berbanding dengan RSA.