Kecenderungan penglibatan agropreneur dalam industri tanaman cendawan di Johor

Senario permintaan di pasaran global semakin meningkat terhadap tanaman cendawan disebabkan kelebihannya dalam pembangunan industri farmaseutikal, nutraseutikal, kosmeseutikal serta potensinya dalam pembangunan industri hiliran lain. Lantas, mendorong penglibatan agropreneur untuk menceburi industri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rosmiza Mohd Zainol (Author), Juliana Mah Hussin (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02701 am a22001333u 4500
001 12571
042 |a dc 
100 1 0 |a Rosmiza Mohd Zainol,   |e author 
700 1 0 |a Juliana Mah Hussin,   |e author 
245 0 0 |a Kecenderungan penglibatan agropreneur dalam industri tanaman cendawan di Johor 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2017. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/12571/1/22234-63901-1-SM.pdf 
520 |a Senario permintaan di pasaran global semakin meningkat terhadap tanaman cendawan disebabkan kelebihannya dalam pembangunan industri farmaseutikal, nutraseutikal, kosmeseutikal serta potensinya dalam pembangunan industri hiliran lain. Lantas, mendorong penglibatan agropreneur untuk menceburi industri herba ini. Namun, kadar penawaran cendawan di pasaran tempatan masih lagi rendah lantaran kekurangan pengusaha. Dalam usaha meningkatkan kadar penawaran cendawan di pasaran tempatan dan galakan penyertaan agropreneur, Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) telah menetapkan industri cendawan sebagai salah satu industri bernilai tinggi negara. Tumpuan diberikan oleh pihak kerajaan sebagai dorongan untuk meningkatkan penyertaan agropreneur menceburi tanaman cendawan. Justeru, kajian dilakukan untuk mengkaji jenis cendawan yang ditawarkan serta menilai faktor kecenderungan penglibatan agropreneur dalam industri cendawan di Johor. Pemilihan Johor sebagai kawasan kajian memandangkan kadar penglibatan agropreneur dan pengeluaran hasil cendawan di wilayah ini adalah tertinggi di Malaysia. Rekabentuk kajian bersifat kuantitatif dan kualitatif. Kaedah triangulasi melibatkan kaji selidik, temubual dan pemerhatian telah dilaksanakan ke atas 42 orang responden. Kajian mendapati keseluruhan agropreneur di Johor menawarkan cendawan tiram kelabu (Pleurotus pulmonarius) kerana permintaan di pasaran tempatan adalah tinggi selain turut mengusahakan cendawan kukur (Schizophyllum sp.) dalam skala kecil. Kajian menonjolkan kecenderungan utama penglibatan agropreneur dalam industri tanaman cendawan adalah disebabkan oleh faktor minat terhadap tanaman herba ini. Selain itu, ia turut didorong oleh pulangan pendapatan lumayan dalam jangka masa singkat; pengaruh rakan perniagaan yang berjaya; pengaruh dasar kerajaan; serta mengambil alih perusahaan keluarga. Kesungguhan minat agropreneur untuk mengusahakan tanaman cendawan perlu didorong secara bersepadu, efektif serta holistik oleh pihak kerajaan melalui penawaran pelbagai insentif serta khidmat nasihat. Peningkatan penyertaan agropreneur dalam industri herba ini akan meningkatkan penawaran cendawan di pasaran malah berupaya mengurangkan kebergantungan import serta mensasarkan kepada jualan eksport negara. 
546 |a en