Representasi budaya dalam kit video pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing: analisis teori sosiokognitif

Pembelajaran bahasa seharusnya diiringi dengan pembelajaran mengenai budaya masyarakat sesuatu bahasa itu kerana manusia cepat belajar melalui proses peniruan. Pembelajaran bahasa Melayu akan menjadi lebih menyeronokkan dan berinteraktif jika budaya masyarakatnya menjadi asas pembelajaran. Pembelaja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yusmaniza Mohd Yusoff (Author), Nor Hashimah Jalaluddin (Author), Junaini Kasdan (Author), Hasnah Mohamad (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02306 am a22001573u 4500
001 12549
042 |a dc 
100 1 0 |a Yusmaniza Mohd Yusoff,   |e author 
700 1 0 |a Nor Hashimah Jalaluddin,   |e author 
700 1 0 |a Junaini Kasdan,   |e author 
700 1 0 |a Hasnah Mohamad,   |e author 
245 0 0 |a Representasi budaya dalam kit video pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing: analisis teori sosiokognitif 
260 |b Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2019. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/12549/1/jatma-2019-0701-08.pdf 
520 |a Pembelajaran bahasa seharusnya diiringi dengan pembelajaran mengenai budaya masyarakat sesuatu bahasa itu kerana manusia cepat belajar melalui proses peniruan. Pembelajaran bahasa Melayu akan menjadi lebih menyeronokkan dan berinteraktif jika budaya masyarakatnya menjadi asas pembelajaran. Pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing sudah sekian lama menggunakan modul pembelajaran bahasa yang lebih berfokus kepada bantuan guru sepenuhnya. Namun, bantuan guru sahaja tidak cukup untuk memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai kepada penutur asing. Justeru, apakah bahan bantu yang boleh digunakan oleh penutur asing untuk mempelajari bahasa Melayu sekiranya tidak menghadiri kelas formal, namun masih boleh mempelajari budaya? Kini, pembelajaran berbantu komputer menjadi dimensi pembelajaran yang baru dalam dunia pendidikan kerana kemudahan komputer membantu mewujudkan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Walaupun begitu, pembelajaran menggunakan modul bertulis perlu dikekalkan kerana masih penting. Unsur budaya yang direpresentasikan melalui kit multimedia berbentuk video membolehkan pembelajaran bahasa Melayu bukan sekadar dipelajari, malah diamati sehingga seterusnya diperilakukan secara fizikal. Kit video sebagai alat bantu alternatif tersebut dapat membantu penutur asing mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Malaysia secara kendiri. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan tentang kit video bahasa Melayu untuk penutur asing yang dibangunkan menggunakan model reka bentuk pembelajaran ADDIE. Seterusnya, kebolehgunaan kit video tersebut dianalisis melalui kaca mata Teori Sosiokognitif yang menekankan pembelajaran melalui pemerhatian dan pemodelan. 
546 |a en