Pengaruh jaringan sosial ke atas migrasi pekerja Bugis - Indonesia ke Sabah

Kedatangan Bugis ke Sabah terutamanya di Bahagian Tawau pada abad ke-19 bukan sahaja menyumbangkan tenaga kerja, malahan telah mewujudkan pembentukan masyarakat awal Bugis di Sabah. Mereka kemudiannya berasimilasi dengan masyarakat tempatan dan telah menjadi warganegara selepas pembentukan Malaysia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Syed Abdul Razak Sayed Mahadi (Author), Hanafi Hussin (Author), Suraya Sintang (Author), Hadayat Rahmah Hasan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kedatangan Bugis ke Sabah terutamanya di Bahagian Tawau pada abad ke-19 bukan sahaja menyumbangkan tenaga kerja, malahan telah mewujudkan pembentukan masyarakat awal Bugis di Sabah. Mereka kemudiannya berasimilasi dengan masyarakat tempatan dan telah menjadi warganegara selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Aliran kemasukan Bugis ke Sabah masih berterusan hingga kini dan ia sukar untuk dikawal. Kertas ini mengkaji fenomena penghijrahan pekerja Indonesia ke Sabah terutamanya yang berbangsa Bugis yang mendominasi beberapa daerah di Bahagian Tawau dan Sandakan. Sejumlah 896 pekerja Indonesia terlibat dalam menjawab soal selidik yang telah dijalankan melalui kaedah temu bual bersemuka, sementara 20 orang pekerja sah dan 20 orang pekerja tidak sah terlibat dalam sesi temu bual mendalam. Kajian ini memberi fokus kepada peranan jaringan sosial dalam membantu proses migrasi yang merangkumi tiga fasa iaitu fasa pra, semasa dan selepas migrasi. Kajian mendapati migran baru dibantu oleh jaringan sosial bagi mengurangi kos dan risiko penghijrahan untuk memastikan kejayaan migrasi. Berdasarkan teori Penarikan dan Penolakan, keputusan untuk berhijrah dan pemilihan destinasi penghijrahan dipengaruhi oleh faktor ekonomi di tempat asal dan destinasi seperti peluang pekerjaan dan gaji yang dapat dijelaskan oleh teori Ekonomi Neo Klasik. Namun apa yang lebih penting, kajian ini mendapati faktor penarik bukan ekonomi seperti adanya jaringan sosial, hubungan sejarah, elemen geografi, serta persamaan budaya, etnik, agama dan bahasa memberi pengaruh besar kepada keputusan berhijrah bagi migran baru. Kesimpulannya, jaringan sosial berasaskan ikatan kekeluargaan merentasi sempadan politik terus membantu aliran pengetahuan, sumber dan mengurangi risiko kegagalan migrasi. Strategi pengambilan pekerja berasaskan etnik yang dibantu oleh mandur memberi banyak manfaat dan mampu mengekalkan aliran migrasi bangsa Bugis ke Sabah hingga kini.