Penyebaran dialek Melayu di Langkawi: analisis geolinguistik

Kajian dialek geografi di Malaysia sebelum ini telah memberikan maklumat taburan dialek secara umum berdasarkan perbezaan fonologi dan leksikal. Kajian tersebut telah menjadi asas kepada kajian geolinguistik pada hari ini. Dalam kajian kali ini, varian leksikal "daun kari‟ dan "daun kesum‟...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Hashimah Jalaluddin (Author), Maizatul Hafizah Abdul Halim (Author), Harishon Radzi (Author), Junaini Kasdan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017-11.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian dialek geografi di Malaysia sebelum ini telah memberikan maklumat taburan dialek secara umum berdasarkan perbezaan fonologi dan leksikal. Kajian tersebut telah menjadi asas kepada kajian geolinguistik pada hari ini. Dalam kajian kali ini, varian leksikal "daun kari‟ dan "daun kesum‟ dalam dialek Melayu Kedah di Pulau Langkawi telah diteliti. Berasaskan analisis geolinguistik, elemen linguistik telah digabungkan bersama dengan faktor bukan bahasa seperti bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Seramai 90 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua. Penganalisisan data dilakukan dengan berbantukan perisian Geographic Information System (GIS). Kajian ini telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti penggunaan varian bagi kedua-dua leksikal yang dikaji. Selain itu, perbandingan dan penyebaran setiap varian leksikal tersebut telah berjaya dipetakan dengan bantuan teknik chloropleth. Seterusnya, penerapan perisian GIS ini telah berjaya membantu menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebaran varian leksikal di Langkawi. Hasil kajian ini telah dapat membuktikan secara saintifik bahawa kawasan mukim Padang MatSirat, Bohor dan Kuah adalah kawasan asal penutur dialek Melayu Langkawi, manakala Ayer Hangat dan Ulu Melaka mempunyai paling ramai penutur dialek Melayu Satun. Seterusnya, di mukim Kedawang pula terdapat penduduk yang menuturkan dialek Melayu Patani. Penyebaran ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor sejarah, geografi dan sosiobudaya. Kajian ini menjadi lebih menarik, sistematik dan meyakinkan kerana disokong dengan kehadiran teknologi GIS dan pendekatan multidisiplin.