Wasiat sebagai instrumen perancangan harta Islam: prosedur dan pelaksanaan

Wasiat dalam undang-undang Islam merupakan satu konsep yang tersendiri dan berbeza dengan undang-undang sivil. Ketidakfahaman masyarakat Islam mengenai hukum dan prosedur wasiat merupakan sebahagian punca wasiat tidak dipraktikkan secara optimum dalam perancangan harta orang Islam dan seterusnya men...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nasrul Hisyam Nor Muhamad (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Wasiat dalam undang-undang Islam merupakan satu konsep yang tersendiri dan berbeza dengan undang-undang sivil. Ketidakfahaman masyarakat Islam mengenai hukum dan prosedur wasiat merupakan sebahagian punca wasiat tidak dipraktikkan secara optimum dalam perancangan harta orang Islam dan seterusnya menyebabkan isu harta pusaka tidak dituntut masih berterusan. Justeru, makalah ini memfokuskan kepada situasi pewarisan harta yang perlu kepada wasiat dan sudut pelaksanaannya. Negeri Selangor sebagai negeri pertama di Malaysia yang melulus dan melaksanakan undang-undang wasiat dijadikan sebagai rujukan. Skop makalah ini dihadkan kepada peranan Majlis Agama Islam Selangor dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan wasiat yang berpandukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (No. 4/1999) dan Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 (No. 13/2008). Untuk tujuan tersebut, makalah ini akan menghuraikan konsep wasiat dalam undang-undang Islam dan peranannya sebagai instrumen perancangan harta yang berkesan. Makalah ini menggunakan pendekatan analisis dokumen dan pemerhatian terhadap pelaksanaan wasiat di Majlis Agama Islam Selangor. Wasiat sesuai dijadikan sebagai instrumen perancangan harta. Namun, hal ini memerlukan beberapa pindaan kepada undang-undang yang sedia ada seperti yang dicadangkan dalam makalah ini.