Kehidupan adalah perjalanan: analisis metafora konseptual dalam Salina dan La Vie Devant Soi

Makalah ini membincangkan tentang kajian perbandingan metafora konseptual KEHIDUPAN ADALAH PERJALANAN yang dikesan dalam bahasa Melayu dan Perancis. Metafora konseptual membolehkan idea atau domain yang abstrak difahami melalui satu idea atau domain lain yang bersifat konkrit. Dua buah novel, satu n...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Suziana Mat Saad (Author), Nor Hashimah Jalaluddin (Author), Imran-Ho Abdullah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02207 am a22001453u 4500
001 11225
042 |a dc 
100 1 0 |a Suziana Mat Saad,   |e author 
700 1 0 |a Nor Hashimah Jalaluddin,   |e author 
700 1 0 |a Imran-Ho Abdullah,   |e author 
245 0 0 |a Kehidupan adalah perjalanan: analisis metafora konseptual dalam Salina dan La Vie Devant Soi 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2017. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/11225/1/13910-51494-1-PB.pdf 
520 |a Makalah ini membincangkan tentang kajian perbandingan metafora konseptual KEHIDUPAN ADALAH PERJALANAN yang dikesan dalam bahasa Melayu dan Perancis. Metafora konseptual membolehkan idea atau domain yang abstrak difahami melalui satu idea atau domain lain yang bersifat konkrit. Dua buah novel, satu novel bahasa Melayu dan satu novel bahasa Perancis menjadi sumber data bagi perbincangan dalam makalah ini. Proses pengenalpastian metafora daripada novel menerapkan pendekatan Prosedur Pengenalpastian Metafora di mana setiap unit leksikal daripada ujaran ini diteliti dengan cermat dan diperhalusi bagi memastikan ia bersifat metaforikal. Seterusnya, data berkenaan dibahagikan kepada tiga fokus yang berbeza iaitu individu, pemilihan dan implementasi, yang seterusnya dianalisis berdasarkan kerangka Teori Metafora Konseptual serta Teori Metafora Primer dan Kompleks. Hasil analisis mendapati data ini menunjukkan keserasian dengan kerangka teori yang digunakan dan wujudnya bbeberapa metafora primer dan metafora kompleks konvensional. Di samping itu, dapatan kajian mengukuhkan lagi Teori Metafora Primer dan Kompleks kerana dalam bahasa Melayu dan Perancis metafora konseptual KEHIDUPAN ADALAH PERJALANAN terbina daripada gabungan beberapa metafora primer dan juga kompleks. Situasi demikian didorong oleh pelbagai faktor seperti agama dan moral di samping motivasi dalaman dan juga luaran. Hasil gandingan Teori Metafora Konseptual dan Teori Metafora Primer dan Kompleks menunjukkan bahawa metafora bukan sekadar penggunaan bahasa tetapi mengandungi banyak maklumat ekstra linguistik seperti budaya, gaya pemikiran dan sudut pandang sesebuah masyarakat tentang sesuatu perkara atau isu yang dibincangkan. 
546 |a en