520 |
|
|
|a Kajian ini membincangkan tentang kaedah pilih jodohberpandukan saranan Rasulullah SAW agar memilih pasangan berasaskan kekayaan, keturunan, kecantikan dan agama. Baginda menganjurkan umatnya memilih calon isteri memiliki pegangan agama yang mantap bagi mewujudkan rumahtangga yang bahagia. Ada pun kekurangan rupa, harta dan keturunan itu akan disempurnakan oleh agama. Kemuliaan seseorang wanita dapat dinilai melalui aspek nilai agama yang diamalkan dalam kehidupannya. Oleh kerana itu, aspek agama menjadi keutamaan dalam membuat pemilihan pasangan hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh Baginda SAW di dalam hadith yang bermaksud : Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. Hasil kajian mendapati majoriti masyarakat berminat memilih sendiri calon pasangan hidup berbanding jodoh ditentukan oleh ibu bapa. Dari aspek agama pada seseorang wanita menjadi keutamaan bagi masyarakat masa kini diikuti oleh aspek sifat-sifat keibuan, kecantikan, keturunan, taraf pendidikan, kehidupan bermasyarakat, harta, kenegerian dan yang terakhir adalah status seseorang wanita tersebut. Responden percaya bahawa pemilihan calon isteri akan memberi kesan terhadap kerukunan rumahtangga.
|