Penggunaan shahid hadith oleh al-Suyuti dalam Kitab Ham' al-Hawami' fi Sharh Jam' al-Jawami'

Hadith merupakan antara sumber yang digunakan dalam pengkaedahan tatabahasa Arab. Akan tetapi, terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan ulama tatabahasa Arab sama ada untuk menerima atau menolak hadith sebagai shahid. Antara tokoh tatabahasa Arab yang dikatakan menolak hadith dalam pengkaedahan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Maryam Md Rofiee (Author), Md. Nor Abdullah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Hadith merupakan antara sumber yang digunakan dalam pengkaedahan tatabahasa Arab. Akan tetapi, terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan ulama tatabahasa Arab sama ada untuk menerima atau menolak hadith sebagai shahid. Antara tokoh tatabahasa Arab yang dikatakan menolak hadith dalam pengkaedahan tatabahasa Arab ialah al-Suyuti. Namun, terdapat pandangan yang mengatakan beliau berada di pertengahan, iaitu di antara menerima dan menolaknya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan penggunaan shahid hadith oleh al-Suyuti dalam karya beliau yang membahaskan tentang kaedah tatabahasa Arab, iaitu Ham' al-Hawami' fi Sharh Jam' al-Jawami' dan hanya memfokuskan pada bab al-'Umad sahaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah perolehan data menggunakan analisis kandungan terhadap karya Ham' al-Hawami' tersebut. Dapatan kajian menunjukkan al-Suyuti telah menggunakan hadith sebagai shahid pengkaedahan tatabahasa Arab dalam bab tersebut. Namun, hanya terdapat 27 sahaja penggunaan shahid hadith dalam bab tersebut berbanding shahid al-Qur'an dan puisi.