Kempen politik Trump: strategi, taktik dan model perangsaraf media

Perangsaraf Media adalah instrumen penting dalam membina reputasi dan kredibiliti. Sama ada, individu, kumpulan, organisasi atau parti politik, perangsaraf media yang tersusun dan terancang boleh merealisasikan hasrat ini. Kempen politik Donald J. Trump pada tahun 2016 membuktikan beliau seorang str...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Sauffiyan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Perangsaraf Media adalah instrumen penting dalam membina reputasi dan kredibiliti. Sama ada, individu, kumpulan, organisasi atau parti politik, perangsaraf media yang tersusun dan terancang boleh merealisasikan hasrat ini. Kempen politik Donald J. Trump pada tahun 2016 membuktikan beliau seorang strategis perang saraf media yang berjaya. Mengalahkan seteru veteran politik yang berpengalaman seperti Hillary Clinton dan Barrack Obama, nyata ilmu perangsaraf media Trump memerlukan tempat untuk dibincangkan. Objektif kajian ini memberi fokus kepada persoalan apakah 1) strategi, 2) taktik dan 3) model perangsaraf media yang digunakan oleh Trump untuk memenangi pilihanraya di Amerika syarikat pada 2016. Kajian ini menggunakan kaedah Non-participant Unstructured Observation (Pemerhatian Tidak Distruktur Bukan Peserta) yang menekankan konsep 'what we can know?' (apa yang boleh kita ketahui?) dari sesebuah fenomena yang berlaku dihadapan kita. Metod eksperimental yang bersifat Bukan Peserta (Non-participant) dan Pemerhatian Tidak Distruktur (Unstructured Observation) telah memberi peluang kepada pembinaan ilmu yang dipengaruhi pemerhatian kritikal pengkaji. Laporan berita mengenai Trump serta perkataan 'strategi' dan 'taktik' digunakan untuk memandu limitasi dapatan kajian ini. Hasil kajian mendapati, strategi straightforward dan no holds barred digunakan secara konsisten oleh Trump sepanjang kempen politiknya. Sama ada berhadapan wartawan media arus perdana atau menulis sesuatu di media sosial, strategi yang sama digunakan. Selain itu, dari segi taktikal pula, lima taktik telah dikenalpasti dan kelima-lima taktik mempunyai motif kontroversi dan sensasi yang konsisten. Ini bermaksud, keseluruhan taktik mempunyai kapasiti untuk mengukuhkan populariti Trump di media arus perdana dan juga media sosial. Laporan berita kontroversi dan sensasi di media arus perdana menjadi penyebab utama yang membina kandungan media sosial mengenai Trump dan seterusnya menjana pengaruh dan sokongan terhadap dirinya. Akhir sekali pembinaan model perangsaraf media dapat dihasilkan dengan tujuan untuk menunjukkan aliran-aliran informasi yang akhirnya masuk ke dalam sfera khalayak media arus perdana dan sfera media sosial. Kesimpulanya, perangsaraf media bukan sahaja fokus kepada media sosial malah keupayaan untuk memanipulasi media arus perdana untuk menjana kandungan media sosial memainkan peranan utama dalam ilmu perangsaraf media.