Mengadaptasi tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi oleh hotel patuh syariah di Malaysia: satu kerangka konsep / Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wonga ... [et al.]
Menurut statistik terkini, sejumlah 724 buah hotel telah berjaya memperoleh sijil halal JAKIM. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya beberapa buah hotel sahaja yang boleh diklasifikasikan sebagai Hotel Patuh Syariah (HPS). Sesebuah hotel akan dikategorikan sebagai patuh Syariah sekiranya...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF),
2022.
|
Subjects: | |
Online Access: | Get fulltext View Fulltext in UiTM IR |
Summary: | Menurut statistik terkini, sejumlah 724 buah hotel telah berjaya memperoleh sijil halal JAKIM. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya beberapa buah hotel sahaja yang boleh diklasifikasikan sebagai Hotel Patuh Syariah (HPS). Sesebuah hotel akan dikategorikan sebagai patuh Syariah sekiranya memenuhi keperluan Syariah dari sudut pengurusan operasi, perkhidmatan, penyediaan makanan halal, aliran wang tunai dan juga kemudahan infrastruktur. Namun begitu dalam aspek aliran wang tunai, tanggungjawab sosial korporat (TSK) dari sudut filantropi kurang diberi penekanan dalam penilaian terhadap Hotel Patuh Syariah. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai kriteria-kriteria Hotel Patuh Syariah dari sudut tanggungjawab sosial korporat melalui filantropi. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan melalui kajian literatur dan dokumen berkaitan pematuhan Syariah dalam pengurusan hotel. Kaedah ini digunakan untuk menganalisis, memeriksa dan memilih data secara sistematik dan objektif bagi menghasilkan satu rangka kerja konseptual mengenai Hotel Patuh Syariah. Hasil kajian ini mendapati bahawa konsep tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi tidak diberi perhatian yang sewajarnya dalam pengurusan dan operasi Hotel Patuh Syariah. Justeru, diharap kajian ini dapat membantu pengusaha hotel untuk menerapkan konsep tanggungjawab sosial korporat dari sudut filantropi dalam operasi Hotel Patuh Syariah. |
---|