Isu dan cabaran pembelian barang fizikal atas talian sepanjang pandemik COVID-19 / Noor Aznaim Abd Latib and Siti Sarah Izham
Krisis pandemik Covid-19 mewujudkan satu fenomena global dalam masyarakat dunia hari ini. Pandemik ini memberi implikasi dalam kehidupan manusia daripada aspek ekonomi, politik dan sosial. Isu kesihatan global ini memberi kebimbangan dalam diri masyarakat awam dalam melaksanakan urusan pembelian bar...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA,
2021-11.
|
Subjects: | |
Online Access: | Get fulltext View Fulltext in UiTM IR |
Summary: | Krisis pandemik Covid-19 mewujudkan satu fenomena global dalam masyarakat dunia hari ini. Pandemik ini memberi implikasi dalam kehidupan manusia daripada aspek ekonomi, politik dan sosial. Isu kesihatan global ini memberi kebimbangan dalam diri masyarakat awam dalam melaksanakan urusan pembelian barangan dan perkhidmatan. Ditambah pula dengan Pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19 telah menyaksikan peralihan trend pengguna kepada pembelian atas talian. Selain itu, perubahan ini menandakan berlakunya peningkatan kebergantungan kepada e-dagang yang menawarkan segala keperluan dan perkhidmatan termasuk hiburan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi pengguna aplikasi atas talian sepanjang tempoh krisis pendemik Covid-19 berlaku. Kajian kualitatif menggunakan temubual separa berstruktur yang telah dijalankan terhadap 60 orang responden yang terdiri daripada ahli kelab beli apa hari ini (online) di media sosial (facebook). Hasil kajian mendapati wujud risiko dan unsur penipuan dalam transaksi jual beli barang fizikal atas talian pada beberapa keadaan. Justeru, bagi mencapai tahap patuh Syariah dalam proses jual beli barang fizikal secara atas talian, unsur tersebut perlu ditangani sebaiknya oleh penjual. |
---|