Kesilapan sebutan fonem bahasa arab di kalangan pelajar / Saiful Johari Musahar ...[et al.]

Fonem merupakan kesatuan bunyi yang terkecil dan sistem bunyi-bunyi bahasa yang dapat berfungsi sebagai pembeza makna. Dalam pertuturan bahasa Arab, pelajar mengalami kesukaran untuk membezakan bunyi pada perkataan yang hampir sama disebabkan kurangnya pengetahuan dari sudut fonologi bahasa yang dip...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Musahar, Saiful Johari (Author), Kamaruzzaman, Nur Afiqah Amanina (Author), Musahar, Roselina (Author), Azmi, Fauzi (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, 2021.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
View Fulltext in UiTM IR
Description
Summary:Fonem merupakan kesatuan bunyi yang terkecil dan sistem bunyi-bunyi bahasa yang dapat berfungsi sebagai pembeza makna. Dalam pertuturan bahasa Arab, pelajar mengalami kesukaran untuk membezakan bunyi pada perkataan yang hampir sama disebabkan kurangnya pengetahuan dari sudut fonologi bahasa yang dipelajari. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah kesilapan pelajar dalam menghadapi sebutan fonem bahasa Arab di sekolah. Fokus utama yang ingin ditekankan dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor kesilapan sebutan fonem pelajar serta mencadangkan kaedah ataupun teknik pengajaran bagi mengurangkan kesilapan sebutan dalam fonem bahasa Arab oleh pelajar terutamanya semasa pertuturan dalam bahasa Arab. Metodologi kajian adalah menggunakan kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama kesilapan sebutan dalam fonem adalah pengaruh bahasa pertama kepada bahasa kedua, faktor dalaman diri pelajar dan faktor pengajar. Kaedah yang dicadangkan dalam kajian ini adalah kaedah audio-lingual dan kaedah transliterasi, manakala teknik pengajaran pula adalah lakonan dan teknik latih tubi mekanis. Kesilapan sebutan fonem seharusnya dipandang serius kerana ia merupakan asas kepada pertuturan yang baik dan lancar. Ini kerana kesilapan sebutan fonem sekiranya tidak diperbetul dari awal maka ia akan berlarutan sehingga dewasa. Oleh itu, pertuturan yang baik datang daripada sebutan yang tepat dan jelas.