Unsur ketuhanan di dalam lirik lagu / Sabariah Jamaluddin ...[et al.]

Lagu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, medium ini boleh diangkat sebagai satu mekanisme dalam menyampaikan mesej dakwah. Penggunaan lirik dalam sesuatu karya lagu yang mempunyai unsur-unsur ketuhanan memainkan peranan yang sangat penting. Kertas kerja ini berbentuk kertas...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamaluddin, Sabariah (Author), M Yacob, Noor Hasimah (Author), Abdul Rahman, Nor Hawani Wan (Author), Mustafa, Lily Mazlifa (Author), Mat Bahari, Anis Barieyah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, 2021.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
View Fulltext in UiTM IR
Description
Summary:Lagu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, medium ini boleh diangkat sebagai satu mekanisme dalam menyampaikan mesej dakwah. Penggunaan lirik dalam sesuatu karya lagu yang mempunyai unsur-unsur ketuhanan memainkan peranan yang sangat penting. Kertas kerja ini berbentuk kertas kerja konsep yang membincangkan tentang lirik lagu bukan nasyid yang mempunyai unsur ketuhanan. Lagu selain daripada lagu nasyid dipilih kerana penulis ingin melihat sejauh mana karya lagu tersebut mengandungi unsur-unsur ketuhanan. Selain itu, tujuan kertas kerja ini dibuat agar masyarakat lebih menghargai karya lagu yang mengandungi unsur ketuhanan walaupun tidak dinyanyikan oleh penyanyi nasyid. Di antara lirik lagu yang dipercayai mempunyai unsur ketuhanan adalah seperti Suci dalam Debu, Keinsafan, Bila diri ini disayangi, Sufi dan lain-lain lagi. Unsur ketuhanan yang dinyanyikan dilihat daripada tiga aspek utama iaitu unsur akidah, akhlak dan ibadah. Hasil perbincangan menunjukkan bahawa lirik lagu yang menyuntik unsur ketuhanan dalam karya lagu mempunyai nilai seni yang tertentu kerana membawa mesej dakwah kepada para pendengar. Namun sikap masyarakat yang enggan menghayati maksud di sebalik lirik lagu yang disampaikan, menjadikan lagu itu sekadar siulan hiburan semata-mata.