Pemerkasaan program pembangunan ekonomi usahawan asnaf melalui dana zakat / Maymunah Ismail, Sharina Sheriff dan Harniyati Hussin
Program pembangunan ekonomi dikalangan asnaf di Malaysia didokong oleh Institusi Zakat di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Tujuan penubuhannya bukan sahaja kepada usaha pemberian sumbangan kepada asnaf yang layak, tetapi terlibat didalam menguruskan bantuan modal menggunakan dana zakat bagi tujuan p...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF),
2021.
|
Subjects: | |
Online Access: | Get fulltext View Fulltext in UiTM IR |
Summary: | Program pembangunan ekonomi dikalangan asnaf di Malaysia didokong oleh Institusi Zakat di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Tujuan penubuhannya bukan sahaja kepada usaha pemberian sumbangan kepada asnaf yang layak, tetapi terlibat didalam menguruskan bantuan modal menggunakan dana zakat bagi tujuan perniagaan kepada asnaf atau usahawan asnaf. Bantuan modal yang diberikan ini bertujuan mengalakkan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan serta berjaya menjadi pembayar zakat. Program pembangunan ekonomi asnaf ini giat dijalankan di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Negeri lain. Walaubagaimanapun terdapat juga institusi zakat Negeri yang tidak memperuntukkan agihan zakat dalam bentuk bantuan modal kepada asnaf. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk melihat dan mengenal pasti strategi dan program pembangunan ekonomi yang disediakan oleh pihak institusi zakat Negeri kepada golongan asnaf yang menceburi bidang keusahawanan. Kajian ini mengunakan kaedah kualitatif berupa kajian perpustakaan melalui sumber sekunder. Kajian ini menyimpulkan program pembangunan ekonomi usahawan asnaf dapat diperkasakan melalui tiga strategi utama iaitu strategi mengeluarkan mereka dari kemiskinan dan meningkatkan ekonomi golongan asnaf, strategi mengenalpasti potensi asnaf sebelum bergelar usahawan serta strategi penyusunan program -program usahawan yang khusus untuk usahawan asnaf. Secara kesimpulannya, kerjasama diantara umat Islam, Institusi Zakat, pihak kerajaan, pihak swasta serta asnaf itu sendiri amatlah penting bagi memastikan program pembangunan ekonomi usahawan asnaf dapat diperkasakan. Peningkatan dana zakat yang disumbangkan oleh umat Islam, pengurusan dana zakat yang cekap, telus dan efisyen oleh institusi zakat, bantuan latihan dan program yang diberikan oleh institusi zakat, pihak kerajaan dan juga swasta serta kesediaan asnaf berubah menjadi usahawan yang berdaya saing akan memastikan objektif mengubah usahawan asnaf kepada "muzzaki" akan tercapai. Selain dari itu juga, kemiskinan dapat dibasmi, kesejahteraan hidup umat Islam dan kemakmuran ekonomi Negara akan dapat dinikmati bersama. |
---|