Summary: | Dalam pembelajaran bahasa Tamil, para pelajar sering menghadapi masalah untuk menguasai kata kerja dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Tamil dengan baik. Penggunaan modul tatabahasa dengan Strategi Dekonstruktivisme sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran akan membantu pengajaran dan pembelajaran kata kerja bahasa Tamil. Justeru kajian ini dijalankan untuk membina modul pengajaran tatabahasa Bahasa Tamil dengan meninjau pendapat 10 orang panel pakar, dan seterusnya menganalisis pencapaian pelajar sebelum dan selepas penggunaan modul dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa kata kerja bahasa Tamil. Teori Konstruktivisme dan Teori Interaksionalisme diaplikasikan dalam pembinaan modul tatabahasa kata kerja bahasa Tamil. Dalam kajian ini, 70 orang pelajar Tingkatan 4 dipilih sebagai kumpulan eksperimen dan pencapaian pelajar diukur sebelum dan selepas menggunakan modul dalam pengajaran dan pembelajaran kata kerja bahasa Tamil. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran kata kerja bahasa Tamil yang menggunakan modul dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara signifikan.
|