HAK KANAK-KANAK DALAM INSTITUSI TAHANAN MENURUT INSTRUMEN ANTARABANGSA DAN PERUNDANGAN MALAYSIA

Hak asasi kanak-kanak yang ditahan di institusi tahanan hendaklah dijamin dan dipenuhi tanpa diskiriminasi. Institusi tahanan bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menjalani perintah tetapi ia seharusnya berfungsi sebagai medium pemulihan bagi kanak- kanak yang berkonflik dengan undang-undang. Walau...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Al Adib Samuri, Noor Aziah Mohd Awal, Fariza Md Sham, Nurul Izzah Zainol
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2021-07-01
Series:UUM Journal of Legal Studies
Subjects:
Online Access:http://e-journal.uum.edu.my/index.php/uumjls/article/view/uumjls2021.12.2.12
Description
Summary:Hak asasi kanak-kanak yang ditahan di institusi tahanan hendaklah dijamin dan dipenuhi tanpa diskiriminasi. Institusi tahanan bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menjalani perintah tetapi ia seharusnya berfungsi sebagai medium pemulihan bagi kanak- kanak yang berkonflik dengan undang-undang. Walaupun kanak- kanak tersebut telah dilucutkan hak kebebasannya atas pelanggaran undang-undang, mereka tidak seharusnya dinafikan hak-hak asasi manusia yang diperuntukkan dalam instrumen-instrumen hak asasi antarabangsa. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis hak kanak-kanak dalam institusi tahanan yang dijamin dalam instrumen antarabangsa dan peruntukan undang-undang di Malaysia. Kajian ini mendapati masih wujud kelompongan peruntukan undang-undang mengenai hak kanak-kanak dalam institusi tahanan yang mungkin boleh membawa kepada pengabaian hak-hak tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisa dokumen berbentuk instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan hak kanak kanak di institusi tahanan serta pemakaiannya di Malaysia. Dapatan kajian ini penting bagi memberi panduan kepada pembuat dasar dan penggubal undang-undang Malaysia bagi membuat pembaharuan undang-undang yang menjamin hak kanak-kanak di institusi tahanan.
ISSN:2229-984X
0127-9483