Pandangan Pelajar Tentang Penggunaan Ayat Al-Quran Kepada Pelajar Bukan Islam Semasa Pengajaran
Kursus Pengantar Pendidikan Bersepadu (GGGC1023) adalah kursus yang ditawarkan secara elektif kepada pelajar di luar Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada berbilang kaum dan bidang pengajian. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Negara melalui konsep...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Arabic |
Published: |
Universiti Sultan Azlan Shah
2012-12-01
|
Series: | Global Journal Al-Thaqafah |
Subjects: | |
Online Access: | http://www.gjat.my/gjat122012/2420120202.pdf |
Summary: | Kursus Pengantar Pendidikan Bersepadu (GGGC1023) adalah kursus yang ditawarkan secara elektif kepada pelajar di luar Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada berbilang kaum dan bidang pengajian. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Negara melalui konsep Pendidikan Bersepadu dengan mengaplikasikan ayat Al-Quran dalam proses pengajaran. Justeru,kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan pandangan pelajar tentang penggunaan ayat Al-Quran dan Sunah dalam kalangan pelajar bukanIslam semasa proses pengajaran. Data dikumpul melalui respon soalan berstruktur yang perlu dijawab oleh pelajar selepas mengikuti kuliahselama 14 minggu. Sebanyak 119 respons telah dianalisis: 74 respons dari pelajar Islam (PI) dan 45 respon dari pelajar bukan Islam (PBI). Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 75.68% PI dan 97.78% PBI bersetuju dengan penggunaan ayat Al-Quran dan Sunnah dalam kalangan pelajar bukan Islam semasa proses pengajaran. Manakala, sebanyak 24.32% PI dan2.22% PBI kurang bersetuju terhadap perkara ini. Kategori yang menonjol berdasarkan pandangan pelajar yang bersetuju terhadapperkara ini ialah faktor dakwah, kebenaran Al-Quran, kepercayaan kepada Tuhan, menghormati, nilai murni, panduan hidup, penambahan ilmu, penerangan, universal dan perpaduan. Bagi pelajar yang kurang bersetuju pula, kategori yang ditonjolkan ialah dakwah, menghormati, keliru, tidak selesa dan Al-Quran untuk orang Islam sahaja. Keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar bersetuju tentang penggunaan ayat Al-Quran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengemukakan tema yang hampir sama, namun terdapat segelintir pelajar yang kurang bersetuju kerana faktorkekeliruan tentang pengunaan ayat suci tersebut. |
---|---|
ISSN: | 2232-0474 2232-0482 |